Saturday 19 April 2014

1st Interview di Emerio sdn bhd Cyberjaya.

Assalamualaikum,

Setiap orang ada pengalaman IV mereka sendiri. Begitu juga aku. (ayat agak skema sikit,hihi)

Cerita dia begini, selepas habis Latihan Industri(LI), aku berhajat nak berehat di kampong halaman selama sebulan atau 2 bulan. Tetapi tak sampi seminggu aku dirumah, aku dapat satu panggilan yang tidak dikenali. Aku angkat call, tibe2 ade orang perempuan ni cakap omputeh ngn aku, siap ngn slang Jepun lagi. She said I’ve been shortlisted to have 1st interview(iv) via phone. Then she iv me at that time. After that, she wants me to prepare with English interview, dengan mat salleh kot, nama dia Christine.

Then, tibe masa Christine call aku. Time ni aku dah prepare dah. Setiap kali dia tanye(iv) aku, instantly aku reply dengan penuh keyakinan and with British accent beb(koya meta). At the end of the session, she said I passed the English Assessment session. Then, she gave me another assessment. Macam critical thinking la,dia bagi email then aku kena selesaikan dalam masa 30 minit. Pastu selesai semua tu, aku dapat email “Congratulation, you’ve passed 1st level and will be having 2nd iv in Cyberjaya”. Aku baru je balik tak sampi seminggu dah kena keluar dari kg halaman,agak sedih jugak la.

Sebelum pergi aku ada buat research pasal company nie, ramai cakap bad things about this company. Aku macam tak nak pergi, then kawan aku nasihat suruh pergi dulu and tengok macam mana. Kemudian aku putuskan utk pergi 2nd iv. First time kot aku p Cyberjaya, sesat sekejap walaupun ngn kawan. Sampai di Emerio , Japanese lady(HR) jemput aku masuk dalam. Then aku iv ngn sorang Hiring manager ni. Serius beb! Dia Tanya aku soalan pasal Networking(bidang aku) byk giler. Dah la aku tinggal lama study,da berkarat dah. Ada yg boleh jawab ada yang tak boleh. Dekat setengah jam. Kemudian ada satu lagi assessment IT. Kena jawab dalam masa 30 minit,40 soalan. Fuhh soalan dia buat perut aku kecut.

Habes jawab, dia suh aku balik nanti dia email lulus ke tak. Dalam hati aku, confirm aku gagal. First iv kot. Hire manager tanye pasal company dia pun aku takleh jawab. Haha.
Tunggu 2 3 hari, dapat email. Japanese lady tu agak baik la ngn aku. Selalu balas emel ngn dia. Dia cakap "Mr F*****, I afraid to tell you the answer. For me, I like your attitude and you’re such a nice person".(lbih kurang mcm tu la ayat dia (koya meta))” aku ckp xpe ckp jer. Dia pun ckp, aku gagal assessment IT tu. Dalam hati aku dah tahu dah. Aku ckp la "xpe gitaw jer, sy boleh trima dgn seadanya,klu ade rezeki ade la,klu xde aq redha(dlm bi ok)". Mungkin bukan rezeki aku. Then dia doakan aku supaya dapat kerja yang lagi baik and bla bla bla.. baik sungguh HR jepun ni. The end. 

Kesimpulannya Nak masuk Emerio ni bukan senang. Banyak step. Tak silap aku ade 3 step. 1st iv with assessment, 2nd iv with assessment and 3rd iv with assessment. Aku gagal kat 2nd iv. HR tu ckp kt aku sbnrnya ramai yg gagal mase 1st iv yang English tu. Hmm itulah pengalaman pertama aku IV. (Company Jepun)

Tempatku Interview : Emerio



Monday 3 February 2014

Praktikal/ Latihan Industri(LI)/ Internship

~Khas Untuk Pelajar Tahun Akhir~ Well

Seperti biasa la kan, pelajar tahun akhir pasti akan pergi ke Industri untuk menjalani Praktikal. Praktikkan apa yang belajar masa dekat U dulu. Asyik teori jer boleh mental kepala hotak kan. Ini la masa untuk bergembira. Hooray! (tibe2)

Ehemm, hari ni tiba-tiba rasa nak kongsi tentang diri aku mase LI. Aku LI kat mana? Apa yang aku kena buat? Apakah perasaan aku,best ke tak? Hmm, nanti aku story morry kan yer. Sebenarnya aku ni baru je balik dari kerja ni, (Praktikal lagi ok). Tibe2 je tergedik nak mengepost. Mesti korang nak tahu kan, hak3.

~ Bismillahirrahmanirrahim ~

Baca doa dulu, amik keberkatan, InshaAllah tuan-tuan.
Texas Instruments Electronics (M) Sdn Bhd

Ha! ini lah dia tempat aku ber'Praktikal' ,selama 6 bulan hokey. Cantik tak? Macam curlass je kan. Hmmm, itulah hakikatnya sekali pandang nampak gah, apa yang berlaku kat dalam tu hanya aku yang taw!huhu. Lokasi company aku ni dekat Batu Berendam Melaka. Dekat jer dengan rumah aku dan diseberang jalan ada satu lagi company, INFINEON. Ni German punyer company,housemate aku praktikal kat sini dulu. Dia company German,aku company US. Sama-sama curlass lah kan. hak3

Baiklah kawan2.. jangan boring lagi ye,nak sambung cerite ni..ngeee :)

Aduhhh...delay sejam aku nak mengarang. Housemate aku baru jer sampai rumah,yang aku cerite kat atas tadi. Panjang umur dia,semoga cita-citanya tercapai aku doakan. Ok da abes berborak,so sambung balik cerita aku tentang Latihan Industri ni. Btw, housemate aku tu nama Krul, gembira sekejap hati aku dia balik rumah;xde la aku sendirian lagi memalam bebuta ni(~Asyik alone je malam2~).

Hokeylah,

Aku nak kongsi apa yang aku buat kat Texas nie. Department aku di tingkat 4, IS Department and i am developing system for my company,"MyIDEA System"(Tetibe Speaking,pheww...he2). Sesungguhnya ia merupakan satu azab buat aku. Al maklumlah, aku belajar kat U language lain,datang sini aku kena buat sistem paka ASP.Net. Tension aku sekejap,sekejap pun berbulan2 jugak laa. hak2. Mesti korang nak tengok kan sistem macam mana aku develop,xp ni xsiap sepenuhnya lagi. Jap ea,aku print screen. Tengok kat bawah nie,kalu tak paham,buat-buat paham je lah. Ngee... :P 

Sebelum tu aku nak tunjuk sebenarnya sebelum ni company aku guna form ni kat dalam line, so keje dorang susah,membazir masa dan melecehkan. Jadi my Supervisor Hire aku suh buat sistem. Form dia simple je. tak caye tengoklah...


Simple giler kan! Ntah ape2.. kalu korang nak tahu, mase aku first week, aku kena buat semua keje ni. Aku masuk setiap Line/Plant untuk menyalin semua dan membuat report secara manual. Dari tingkat satu sampailah tingkat empat dan banyak gila tempat aku kena pergi. Serius penat giler and dari sini la aku dapat bayang macam mana kepenatan para supervisor buat kerja ni.

Then aku produced report untuk 3 bulan punyer kerja. Minggu yang memenatkan. Kalau nak tahu banyak lagi benda yang aku kena buat, tapi tak payahlah cerite, fokus pada sistem aku ok. Cerita lebih2 nanti korang takut plak nak Praktikal (Hemo3).

:: Okay guys, here my system look alike ::









































Hmmm...macam ni lah lebih kurang sistem yang aku kena buat. Cuba korang bayangkan dari satu form yang kecik tu, buat sistem sampai macam nie. Hampir mental kepalaku, siyes azab. Btw, bulan ni last aku praktikal. Harap semuanya aku dapat siapkan dan mengharumkan nama UTeM (Tibe2). Jiwa aku dah tak sanggup.

Sistem ni banyak kena tukar, setiap kali present kat trainer2, kena tukar. 3 Shift aku kena terangkan. Banyak kena tukar and tak puas hati. Hape dia ingat aku ni robot.Eh xdelah gurau jer. Alhamdulillah ..sku kena ucap syukur.

Ok lah..penat dah nie menaip..Next tima aku share lagi naa... Ma'assalamah,Wa ilalliqok!.^_^





~ AYAH ~

:: Tenanglah Dikau Di Sana ::

Sungguh indah hidup mendapat kasih sayang Ibu dan Ayah.
Merekalah yang akan mewarnai kehidupan kita dari kecil hingga dewasa. Tetapi, kehidupanku tidak sebahagia insan yang bergelar anak dan kebanyakan ruangan hidupku aku warnai sendiri dengan warna-warna disekelilingku.

Ayah,
Aku amat merinduimu..

Ingat lagi masa kecilku, aku pergi sekolah hanya dengan berjalan kaki bersama abangku membawa beg yang berat. Usai sahaja kelas, kami balik berjalan kaki. Kebanyakan kawanku mereka di ambil oleh ayah atau ibu mereka . Aku amat cemburu. Cemburu sekali~

Sehingga aku meningkat ke alam belasan tahun, aku bersekolah di salah sebuah sekolah di bandar. Aku terpaksa menaiki bas seawal 5.30 pagi setiap hari. Keperitan dan segala masalah kebanyakan aku hadapi sendiri. Aku menunggu bas di luar sekolah bersama kawan-kawanku. Seorang demi seorang kawanku meninggalkanku apabila ayah atau ibunya datang menjemput. Tapi aku masih lagi menunggu bas seorang diri.

1 jam berlalu...2 jam berlalu...3 jam berlalu.. Bas tidak muncul tiba. Terdetik di hatiku, kawan-kawanku mesti sudah usai mandi, makan dan bersama keluarga. Kemudian,aku mengorak langkah menuju ke stesen bas memakan masa 10-15 minit. Meneruskan penungguan hingga malam menjelma barulah bas datang.

Perkara ini berlaku hampir setiap hari. Kadang-kadang aku tidak mampu bersabar. Aku hanya insan biasa dan mempunyai jiwa yang lemah. Sambil menunggu ketibaan bas, kelopak mataku dibanjiri air masin. Air laut mungkin! dan entah dari mana datangnya. 

Pernah beberapa kali, aku ditinggalkan bas, bas mati di tengah jalan, bas tiada kerana rosak. Aku tidak tahu bagaimana nak balik. Nak berjalan balik mungkin 3-4 jam. Kawanku yang lain menunggu sekali, bila perkara ini berlaku, mereka hanya perlu "call" ibu dan ayah dan mereka akan datang menjemput.

Ayah,

Sekali lagi mataku dimasuki habuk. Jiwaku sebak. Siapa mahuku "call". Di rumahku tiada orang. Hanya ada nenek dan nenekku mungkin tengah risau. Aku tidak mahu menyusahkan dan membuat jiwa nenek ku tidak tenteram. mahu "call" ibu, dia berada di negeri yang lain. Aku terdiam kaki seribu bahasa. Tiba-tiba datang sebuah bas, bas Rantau Panjang jalan Highway. Aku terus berlari dan mengejar lalu menaikinya.

Walaupun aku tahu, aku perlu berhenti di tepi jalan dan berjalan selama 30 minit lebih mungkin. Hatiku sudah cukup tenang. Sampi di Lubok Jong, aku berhenti dan berjalan kaki menuju kerumah. Hampir Maghrib pada waktu tu. Aku menguatkan diri untuk berjalan walaupun aku sangat penat. Sekali lagi terdetik "Kalaulah ayahku masih ada,boleh lah dia datang menjemputku". Alangkah bahagianya. 

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, ramai yang menegurku. "Baru balik?; kenapa jalan kaki?" Aku hanya tersenyum dan meneruskan perjalanan. Sampai di rumah, nenekku terus menerpaku dan bertanya. Aku menceritakan dengan penuh ketabahan seperti biasa. lalu aku masuk bilik dan berbaring. Asyik banjir je kelopak mataku.

Ayah,

Mungkin kehidupanku lebih baik jika engkau ada. Hampir setiap hari aku berada dalam kepenatan. Dari pagi hingga ke petang. Perkara yang sama aku alami setiap hari. Sampai kering sudah air mata. Aku tiada tempat untuk mengadu. kepada ayah mahupun ibu. Aku selalu menginginkan untuk berjumpa denganmu di dalam mimpi. Tapi hingga umurku meningkat 20 an engkau tidak pernah muncul dalam mimpiku.

Ayahku sayang,

Gambarmu aku tiada. Wajahmu tidak sempatku lihat. Perangaimu tidak pernahku tahu. Sentuhanmu tidak pernah aku merasa,pelukanmu jauh sekali. Aku tiada satu kenangan pun bersamamu. Sebelum aku lahir engkau telahpun meninggalkan aku. Aku cemburu melihat orang lain berkasih sayang dengan seorang ayah. Banyak perkara aku lalui seorang diri. Sehinggakan aku menjadi seorang yang sangat memendam. 

_________________________________________________________________________________
Ayah, akanku cuba menjaga keluarga yang ada dengan sebaik mungkin. Akan ku korbankan
 segala-galanya demi mereka. Aku akan menjadi anak yang soleh dan berjasa. Aku akan
 membahagiakan hidup mereka. Semoga aku menjadi kuat hari demi hari~ I Love Yo Dad. 

~Al- Fatihah~ T_T
_________________________________________________________________________________

Sunday 2 February 2014

Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan

~Lumrah Kehidupan~

Dalam dunia ini, kita memang tidak dapat lari dari Kesedihan, Kerinduan, Kebosanan, Keasyikan dan kekeke yang lain. Sebab Allah mengurniakan kepada kita satu Mutiara di dalam raga kita iaitu HATI dan didalamnya mengandungi pelbagai jenis perasaan. Itulah keistimewaan manusia dibandingkan dengan makhluk yang lain.

Dengan adanya perasaan yang bermacam-macam ini, tanpa disedari ianya adalah satu Ujian daripada yang Maha Esa. Ujian yang diberikan kepada kita Manusia bagaimana untuk mengatasi masalah HATI. Bila kita sedih apa yang kita lakukan, bila kita rindu apa yang kita lakukan, bila kita marah apa yang kita lakukan. Semuanya akan menjadi tenang jika semuanya dibalikkan kepada Allah. InshaAllah segala akan menjadi tenang jika kita ingatkan Allah atas apa yang berlaku.

Alangkah gembiranya HATI bila kita dapat berkawan dengan orang-orang yang baik, yang banyak membantu kita, banyak memberikan sokongan kepada kita, yang dapat menerima kita seadanya. Sungguh indah bak pelangi kehidupan kita jika ditambah lagi dengan kehadiran keluarga yang senantiasa bersama kita dan selalu menyanyangi kita. Akan tetapi semua ini hanyalah sementara. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, Berpisah dengan kawan yang kita rapat dan sayang, Berpisah dengan keluarga yang kita cintai, Walaupun perpisahan sementara mahupun selama-lamanya,ia membawa satu keperitan di dalam jiwa.

Dengan adanya perasaan, maka dapatlah kita mengenang kembali segala kenangan yang telah kita cipta sepanjang kehidupan kita. Cubalah sepanjang kita hidup ini, kita mengembirakan semua orang-orang disekeliling kita supaya hanya kenangan yang manis tercipta walaupun diakhirnya akan menjadi pahit apabila berlakunya perpisahan. Mungkin mereka pergi meninggalkan kita,ataupun mungkin kita yang akan meninggalkan mereka dahulu.

Ahhhhhh...sedihnya, tak sanggup dah nak mengarang lagi. Semoga kehidupan kita di dunia ini digunakan dengan sebaik yang mungkin untuk menuju akhirat yang abadi. Sedih di dunia meninggalkan orang yang kita sayang, inshaAllah bertemu si akhirat yang abadi dengan izinnya. Jagalah hubungan kita dengan Allah, Hubungan dengan manusia. InshaAllah berjumpa di syurga yang abadi.

#Rindu Kawan2
#Rindu Family

Doaku semoga mereka selalu dalam rahmat Allah.